Selasa, 16 April 2013

SOTONG GORENG NESTUM


As-Salam buat semua..

Pertama sekali saya nak mengucapkan terimakasih kepada kawan-kawan alam maya (yang bernyawa sahaja)yang sudi membaca dan mengikuti blog ini yang amat terpencilnya dari sejumlah ribuan atau jutaan blog di alam maya.Sekali-sekala semasa blog walking saya dapat kawan baru.Nak jalan-jalan selalu masa amat terhad dek kesibukan tugasan lain.Terimakasih semua..
Entri pagi yang nyaman ini setelah semua tugasan kat power point sudah siap ialah Sotong goreng nestum.Bau harum nestum goreng dan rasanya yang rangup membuatkan sotong ini bertambah enak.Boleh juga digunakan udang.

SOTONG GORENG RANGUP
Olahan:daridapursuzana

Bahan A
4 ekor sotong besar-potong bulat
tepung berempah secukupnya
minyak secukupnya-untuk menggoreng sotong

Panaskan minyak dan salutkan sotong dengan tepung berempah(tidak perlu campur air).
Goreng sotong hingga garing.Toskan minyaknya.

Bahan B
1 1/2 cawan nestum(kalau suka banyak boleh tambah)
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil gula 
2 tangkai daun kari
4 tangkai cili padi(jika suka pedas)-potong kecil
1 senduk kecil marjerin Planta

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan masukkan marjerin.Bila marjerin hampir cair masukkan nestum dan goreng sebentar dengan api sederhana.
  • Masukkan serbuk pati ayam,gula ,daun kari dan cili padi jika suka.Goreng sebentar lagi hingga semua bahan-bahan sebati dan nestum garing dan rangup.
  • Toskan minyak hingga kering.Ambil sotong tadi dan gaul rata dengan nestum.Sedia untuk di hidangkan.

1 ulasan: