style="text-align: center"

Sabtu, 20 April 2013

TAUHU BERDAGING


 As-Salam buat semua...

Saya masak tauhu lagi, tapi kali ini menggunakan tauhu lembut pula,lebih terasa kacang soyanya.Tambahan pula di makan bersama daging cincang  sedap aje bila masuk ke dalam mulut.Resepinya adalah dari Majalah Saji dan telah saya olah sedikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur.

TAUHU BERDAGING
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 buku tauhu lembut
125 gm daging cincang
2 ulas bawang merah-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar taucu-cincang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula
daun bawang-cincang
minyak zaitun-untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  • Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga keperangan.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sebentar lagi.Masukkan daging cincang dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili,sos plum dan taucu.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan serbuk lada hitam dan gula.Sesuaikan rasanya.
  • Letakkan tauhu di dalam mangkuk tahan panas.Letakkan bahan campuran daging di atasnya.
  • Kukus selama 15-20 minit,angkat dan taburkan daun bawang di atasnya.Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan