style="text-align: center"

Selasa, 21 Mei 2013

KEK KUKUS TEMBIKAI MERAH

 As-Salam buat semua..

Sekali tengok nampak macam tembikai merah kan.Dua kali tengok barulah nampak macam rupa kek.Kek kukus lembab ini,resepinya dari buku resepi kat FB.Kalau inginkan kek yang lebih tinggi bolehlah di gunakan loyang yang lebih kecil.Saya ni kalau bab-bab ukuran loyang sentiasa saja tidak menepati piawaian resepi.Guna loyang yang mana ada kat dapur sahaja.

KEK KUKUS TEMBIKAI MERAH
Sumber:Linn Malek/www.facebook/buku resepi
Di cuba oleh:Suzana/..cooking with soul..

Bahan-bahan
225 gm mentega
1 cawan gula kastor   saya guna 1/2 cawan
5 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
3 jenis pewarna
merah-pes strawberi
hijau-pes pandan
warna asal-sedikit pes lemon
coklat cip utk.di jadikan biji tembikai
*saya tidak meletakkan sebarang pes pada setiap lapisan warna kek

Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan pula telur satu persatu dan terus pukul lagi hingga telur kembang.
  • Masukkan susu,kaya dan esen vanila dan pukul lagi.
  • Tambahkan tepung dan pukul lagi sampai sebati.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan tambahkan pewarna.Lebihkan adunan untuk warna merah.satu warna hijau dan satu lagi warna asal.
  • Sapukan loyang yang sesuai dengan mentega dan taburkan sedikit tepung ataupun alas saja dengan baking sheet.
  • Mula-mula masukkan adunan merah dan taburkan coklat cip dan ratakan.Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana.
  • Bila masak,masukkan lapisan hijau pula dan kukus lagi dan kemudiannya akhir sekali dengan warna asal.
  • Akhir sekali,kukus selama 30-35 minit atau sehingga masak
  • Selepas kek masak,biar sejuk sedikit baru dikeluarkan dari loyang.

8 ulasan:

  1. Seronoklah kalau buat kek lapis... asyik masyuk dibuatnya he he ehhh... cantik hasilnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok tapi lambat siap la...

      Padam
  2. Salam. Singgah sini. Suka tengok kek ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudi-sudikanlah jengok dapur saya yang tak seberapa ni.terimakasih sudi datang!

      Padam
  3. salam suzana..

    memang macam tembikai betul..hasilnya nampak cantik..penah juga buat kek ni beberapa kali dulu..rasanya memang sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu wana...rasanya lemak2 manis.

      Padam
  4. menariknya warna kek ni...tu yg rasa mcm tak saba nak mkn..hehe..=)
    Nurha nak try nti, kak mintak resepi ni ye..TK

    BalasPadam