Kali pertama saya makan Kerabu Maggi ini selepas membelinya di pasar tani.di kelantan ni macam-macam kerabu ada..tetapi yang di beli itu tidak di letakkan sayur,cuma yang ada hanyalah jejari ketam sahaja.Selepas mengolahnya,saya letak bahan-bahan lain sebagai tambahan.Lagi sedap dan berwarna-warni.Boleh juga di letak lauk sampingan lain seperti ayam ,udang dan sotong .
KERABU MAGGI
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
2 keping mee kering-celur dan toskan
8 batang jejari ketam/crab stick-celur sebentar dan potong pendek
daun bawang dan daun sup secukupnya
beberapa helai daun salad Romaine-potong halus
beberapa helai daun saderi-potong halus
1 biji lada merah-buang biji dan potong halus
sos nampla/ikan secukup rasa
6 sudu besar sos Mae Phranom
1 sudu teh gula
air perahan limau nipis
serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara membuatnya
- Dalam satu mangkuk besar masukkan maggi celur bersama dengan semua bahan di atas.
- Bahan-bahan boleh di tambah secukup rasa hingga mendapat rasa yang sesuai dengan selera masing-masing.Kerabu maggi ini rasanya masam dan manis.
- Gaulkan dengan rata dan letak dalam peti sejuk sebentar.
- Sedia untuk di hidangkan.
salam suzana..
BalasPadammaggi ni sedap ja buat apa pun..nyaman ja masuk tekak..kerabu magi ni bagus juga untuk dicuba..
cubalah buat best je masuk mulut!
PadamIngatkan ada murtabak maggie aje... rupanya ada kerbu maggi pulak... he heheh kita selalu ketinggalan bas! Nampak sedaplah Suzana...
BalasPadamsedap la Amie,cubalah buat nanti.
Padam