style="text-align: center"

Jumaat, 3 Mei 2013

SUP TULANG CENDAWAN

 SUP TULANG CENDAWAN
Resepi asal:kak nor@secubit garam

Olahan:daridapursuzana
 

Bahan
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci halia- diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk

3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 batang seleri- jika suka
1 kiub pati ayam
10 keping cendawan shiitake-hiris nipis     saya tambah
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

Bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang
 
Cara membuatnya
  • Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging separuh empuk.Jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat.Sebaiknya gunakan api yg sederhana sahaja.Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  • Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut.Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais.Akan terdapat satu lapisan membeku dibahagian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang.Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang.
  • Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang.Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi.Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam serta cendawan.
  • Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang.Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  • Masukkan seleri jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing.Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.
  • Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

6 ulasan:

  1. Mmmm...sedapnya hirup sup panas2...

    BalasPadam
  2. Salam suzana..

    sedap menu sup tulang cendawan nih..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Suzana,
    sedapnya dapat hirup kuah tulang tu panas-panas... slurrpppp!
    Tetang blog link tu, saya dah link blog Suzana dalam kotak komen...(copy url & paste kat kotak komen tu...tq Suzana atas kerjasama turut memeriahkan dunia masakan.)

    BalasPadam
  4. haa..kawan-kawan semua,kalau nampak sup macam ni kat atas meja,sapa-sapa tak makan rugi besar..hee..he

    BalasPadam
  5. waaa sedapnya! kalo makan ngan bihun n cili kicap..perghhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tentulah best makan begitu Faa,,k.su pun makan dengan bihun!

      Padam