style="text-align: center"

Ahad, 5 Mei 2013

SAGU SWEET CORN

As-salam buat semua...

Dah lama saya tak makan sagu.Masa membeli-belah hari tu ternampak la sagu yang berwarna-warni ni,nampak menarik sangat.Balik rumah saya buat Puding sagu berkuah  yang sedap sekali di makan sejuk-sejuk dalam  cuaca panas begini.Saya menambahkan sedikit warna lagi pada sagu supaya nampak lebih terang .Jom tengok resepinya

SAGU SWEET CORN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 cawan sagu bagi setiap satu warna merah,hijau dan putih
2 1/2 cawan air bagi setiap satu warna
pewarna merah,hijau dan kuning(warna kuning utk sagu warna putih)

Kuah puding
1 cawan susu cair
1 sudu teh tepung kastard
1 cawan air
1 cawan sweet corn
1 sudu teh esen vanila
gula atau susu pekat manis secukup rasa
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Rebus air hingga mendidih .Campurkan pewarna hijau pada sagu hijau dan kacau rata.Masukkan ke dalam air mendidih dan sentiasa kacau supaya sagu masak rata.Bila masak, masukkan ke dalam acuan sesuai dan sejukkan.
  • Buat langkah yang sama untuk sagu merah dan sagu putih.Biar kesemua sagu sejuk sedikit, masukkan ke dalam peti ais.
  • Untuk kuahnya pula-masukkan susu cair,air,tepung kastard,sweet corn ,gula/susu pekat manis secukup rasa dan kacau rata.
  • Panaskan di atas api sederhana sambil terus di kacau sehingga kelihatan sedikit pekat.Tambahkan esen vanila dan sedikit garam.
  • Sejukkan sebentar dan curahkan ke atas sagu tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk semula.
  • Sedia di hidangkan sejuk.

2 ulasan:

  1. salam..

    wow..memang sedap la kalau dapat makan time sejuk2 kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu lah kalau dah suka makan puding,buka saja peti sejuk makan,makan sampai habis...

      Padam