Sabtu, 11 Mei 2013

TELUR BUNGKUS


 As-Salam buat semua...

Hari ini Sabtu-anak-anak tak ke sekolah dan saya tidak bertugas jadi saya masak Telur bungkus yang menjadi kesukaan anak-anak .Kali ini buat telur bungkus sebiji besar untuk mereka bertiga.Macam biasalah,tak letak sayur campur jadi saya letak ayam sahaja.

TELUR BUNGKUS
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
2 biji telur ayam(double A)
200gm isi ayam – dipotong dadu

beberapa helai daun limau purut-potong halus
1 batang serai-potong nipis 
1/2 biji bawang besar-potong dadu
1 ulas bawang putih – cincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar saus manis ABC
Garam dan gula 

sedikit lada sulah

Cara membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
  • Masukkan sos cili, sos tiram,saus manis ABC dan daun limau purut dan serai serta sedikit air dan isi ayam.Kacau sekata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak sehingga kering sedikit.
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan pukul sehingga sebati.Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
  • Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
  • Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.

4 ulasan:

  1. salam..

    menu simple macam ni memang memikat selera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best makan dengan nasi putih yang tengah panas tu!

      Padam
  2. Walaupun guna 2 biji telur tapi cantik kemas kejadiannya... kalau saya, habis koyak rabak telur he he ehh.

    BalasPadam