style="text-align: center"

Rabu, 5 Jun 2013

KEK PISANG


As-Salam buat semua...

Saya dah cuba buat Kek pisang dengan resepi-resepi yang berlainan yang terdapat di dalam blog-blog masakan .Dan salah satunya adalah resepi Kek pisang hari ini.Tekstur kek yang gebu dan lembab amat sesuai sekali untuk di buat hidangan pada waktu petang.Cuti sekolah ni asyik masuk dapur saja.Apa yang di buat semuanya laku!

KEK PISANG
Sumber:Dapur tanpa sempadan

Bahan-bahan
200gm.tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*di satukan dan di ayak bersama
150 gm pisang
150 gm gula perang
3 biji telur gred A
120 gm minyak jagung
1 sudu besar ovalette
beberapa titik esen pisang-pilihan
secubit garam-pilihan
beberapa hirisan pisang
sedikit badam cincang untuk taburan atas kek-saya guna biji gajus

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'C.Sediakan loyang kek-gris dengan mentega dan alas.
  • Lecek pisang,gula perang,garam dan ovalette(saya masukkan kesemuanya di dalam mixer)
  • masukkan telur dan kacau hingga rata.
  • Kemudian masukkan tepung,minyak, esen pisang(jika guna).Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang,hiaskan dengan hirisan pisang dan taburkan badam cincang/gajus
  • Bakar selama 40 minit hingga masak.

4 ulasan:

  1. salam kak..

    bestnya kek pisang..minat ni makan..ada lagi kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis la sayang !..di makan budak2 berdua tu dengan mak budak sekali!

      Padam
  2. Balasan
    1. terimakasih,nak bagi sikit tapi dah habis la!

      Padam