Puding karamel yang enak ini di buat untuk berbuka puasa.Mula-mula nak makan sepotong,lepas tu sepotong lagi dan lagi!.bangun tengah malam makan lagi...kalau di simpan lama-lama dalam peti sejuk dan di makan ketika sejuk lagi sedap.Sesuai sangat untuk di buat hidangan pemanis mulut semasa berbuka.Kebanyakkan juadah yang di postkan dalam entri bulan ni adalah hidangan berbuka di rumah kerana saya jarang membeli di luar.
PUDING KARAMEL FEQAH
Resepi:SrsFeqah.Fotopages.com
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
Cara membuatnya:
- Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
- Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
- Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
- Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
- Kukus 20 minit hingga masak.
Tips membuat puding karamel
Sumber:Resepi Noraini
- Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
- Setelah gula hangus cair dan berwarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
- Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
- Telur dan susu dikisar hingga sebati.
- Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
- Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan