Isnin, 29 Julai 2013

SIAKAP KUKUS JUS LIMAU

 As-Salam buat semua...
Sebelum ni kalau makan kat luar saya selalu saja order Ikan Siakap Kukus Jus Limau yang sedap di tambah pula dengan rasa limaunya yang membuka selera.Kali ini nak buat sendiri pula,makan dengan nasi air atau nasi putih,sedap sungguh rasanya.Semasa sedang taipkan entri ni pun terasa -rasa ingin memakannya sebab kita kan sedang berpuasa!..  he..hee.

IKAN SIAKAP JUS LIMAU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-buang sisiknya
1 cm halia-racik halus
3 ulas bawang putih-cincang
1 batang serai-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
beberapa helai daun limau purut-racik halus
2 sudu besar jus limau nipis
4 biji cili padi-potong halus
sos ikan secukup rasa
1 kiub pati ayam/stok ayam pekat Maggi
1 sudu teh gula
3 keping cendawan-potong nipis
hirisan daun ketumbar siam dan daun bawang
sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah

Cara membuatnya
  • Gosok ikan dengan lada sulah dan sedikit serbuk lada hitam,biarkan selama 20 minit.
  • Kelarkan sedikit badan ikan supaya ia masak lebih cepat dan letakkan dalam pinggan tahan panas.Sementara itu,panaskan kukusan.
Sediakan bahan untuk sos ikan
  • Campurkan halia,bawang putih, serai,daun limau purut,sos tiram,sos plum,jus limau nipis,sos ikan secukup rasa,pati ayam,sedikit hirisan daun ketumbar siam dan daun bawang serta gula dan gaul sebati bersama 1/2 cawan air.
  • Curahkan ke atas ikan tadi dan taburkan cili padi dan cendawan hiris .
  • Bila air kukusan telah mendidih,masukkan ikan dan kukus hingga masak.Ikan di anggap masak bila isinya menjadi kenyal dan matanya bertukar warna putih.
  • Bila sudah masak,angkat dan taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. memang sungguh menggoda selera ni Suzana... kalau saya habis licin semuanya termasuk kuahnya, dan siripnya pun saya isap2.

    BalasPadam