Sabtu, 6 Julai 2013

SOLOK IKAN



As-Salam buat semua..
Solok ikan adalah salah satu dari makanan tradisi Negeri Kelantan.Ia biasanya di makan bersama Nasi kerabu ataupun boleh saja di makan bersama nasi putih bersama lauk pauk lain.Biasanya saya akan membuat Solok ikan  sebagai salah satu juadah yang di gabungkan dengan 'kawan-kawan' Nasi kerabu yang lain di dalam bulan puasa.Solok ikan yang di buat sendiri lebih puas di makan kerana ia mengikut citarasa kita sendiri.
                                               Solok ikan sebelum di goreng

SOLOK IKAN
Resepi:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah
2 batang serai
1/2 sudu teh biji lada hitam
1 cawankelapa parut putih 

daun kesom secukupnya
garam dan gula
2 sudu besar kerisik kelapa
2 biji cili padi-potong halus(pilihan)

Cara membuatnya


  • Ikan kembung di buangkan tulangnya dengan berhati-hati . Kikis isinya,buang semua tulangnya cuma tinggalkan kulit ikan dan kepalanya sahaja dan isinya ditumbuk.Ketepikan.
  • Tumbuk biji lada hitam dan masukkan bawang,gula  dan tumbuk lagi hingga bawang hancur.Tambahkan kelapa parut sedikit demi sedikit dan tumbuk bersama sehingga semuanya bergaul rata.
  • Masukkan kedalam bekas dan gaulkan bersama isi ikan ,daun kesum yang telah di potong halus,garam dan  cili padi jika suka pedas.
  • Bila semuanya sudah bergaul rata dan secukup rasa ,bolehlah di sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik-cantik macam ikan .
  • Goreng di atas api sederhana sehingga garing di kedua-dua belah.Toskan minyaknya dan bolehlah di hidangkan.

2 ulasan:

  1. sy lom pandai mkn solok ikan ni..sbb lom biasa
    tp, x kenal maka x cinta kan...
    yg kedai mmg x terasa nk cuba kot...mana tahu, kalo buat sendiri leh diterima tekak..
    nti leh cuba buat.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Cida.rasanya sedap sekali..hee.hee ..promote!

      Padam