Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak hari yang ke-2. Beberapa hari tidak bersiaran kerana talian internet sedang membaik pulih pencawangnya.Lewat malam tadi semuanya sudah pulih dan saya mendapat siaran dengan cepat dan pantas sekali.
Buka puasa dengan apa ya kawan-kawan semua?.Semalam saya masak Nasi Ayam dan hari ini masak Nasi Mandhi pula.Biasanya kami berbuka puasa dengan menu yang di request oleh budak berdua tu.Kita turut saja.Ok..entri hari ini adalah Kek Oreo Susu yang saya buat pada minggu lepas.macam biasa la siaran tertunggak!.
KEK OREO SUSU
Resepi:Mommy Ryan's kitchen.Tq..
Bahan-bahan
5 biji telur
250 gm mentega
1 cawan gula saya letak 1/2 cawan
1 tin susu pekat manis saya letak 3/4 tin
1 cawan susu tepung
1 paket biskut oreo-di kisar halus
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan ovalette
Cara membuatnya
- Alaskan loyang dengan baking paper dan griskan mentega.Panaskan periuk kukusan.
- Pukul mntega dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung yang telah di ayak terlebih dahulu dan pukul rata.
- Kemudian masukkan susu pekat manis,esen vanila dan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
- Akhir sekali kaup-balikkan biskut oreo yang telah di kisar tadi ke dalam adunan kek.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
- Sejukkan dahulu sebelum di potong.
salam kak..
BalasPadamwah, menariknya kek ni..nampak sedap..nak try jugak la buat kek ni nanti.mohon copy resepinya ya kak..tq
try la buat,best sangat..
Padam