style="text-align: center"

Sabtu, 31 Ogos 2013

IKAN MASAK TIGA RASA

As-Salam buat semua...
Hari ini saya bercuti dan saya mengambil kesempatan ini untuk postkan satu lagi resepi masakan ikan yang biasa saya buat di dapur.Biasanya nenas di gunakan untuk memasak ikan ini tetapi saya gantikan dengan buah anggur merah dan ikan yang di gunakan ialah Ikan Gerut yang besar,siap potong dua lagi kerana tak muat pinggan..

IKAN MASAK 3 RASA
daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan besar-pilihan sendiri
1 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng ikan
*Lumurkan ikan dengan bahan-bahan di atas dan biarkan sebentar.
Goreng dalam minyak yang panas.Ketepikan.

Untuk sos
1 biji bawang besar - potong bulat/dadu
3 biji bawang putih -cincang halus
1 inci halia - dihiris halus
beberapa biji anggur merah- belah dua
1/2 cawan sayur campur
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan/secukup rasa
1 sudu besar sos plum
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
hirisan daun bawang/sup
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali.Tumiskan bawang putih,bawang besar dan halia hingga naik baunya.
  • Di dalam satu mangkuk,campurkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan sos plum dengan 1 cawan air dan kacau sebati.Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.
  • Masukkan sayur campur serta serbuk pati ayam dan tambahkan sedikit air lagi untuk sosnya. 
  • Tambahkan sos ikan secukup rasa, gula dan serbuk lada hitam
  • Biarkan kuah mereneh seketika dengan api yang perlahan .
  • Setelah kuah agak pekat, taburkan hirisan daun bawang/sup dan buah anggur,angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi
  • Siap untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan