style="text-align: center"

Khamis, 29 Ogos 2013

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

 As-Salam buat semua...
Setelah beberapa kali makan Kek coklat puding karamel yang di beli,akhirnya saya cuba buat kek ini sendiri.Syukurlah kerana ia menjadi walaupun tidak berapa kemas dan bahagian atas puding pula berkedut-kedut ..he..hee.Lupa pula nak catat si empunya resepi.Izinkan saya kongsi resepi di blog ini pula.Tq!

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Bahan karamel
2 sudu besar gula-dijadikan karamel
*Panaskan gula dalam kuali non-stick dan bila gula cair serta berwarna perang ,ratakan di dalam loyang kek.Ketepikan.

Bahan puding(lapisan atas)
1 cawan susu pekat  
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh tepung jagung    saya tambah
*semua bahan di atas di pukul lembut

Bahan kek
Bahan A
1 cawan gula   saya letak 3/4 cawan
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat  saya letak 3/4 cawan
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
*Semua bahan di atas di masak sebentar di atas api

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*Semua bahan di atas di ayak

Bahan C
3 biji telur-di blend

Cara membuatnya
  • Masukkan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A.Ketepikan.
  • Masukkan bahan puding di dalam karamel.Kukus 20 minit dengan api sederhana.
  • Masukkan kesemua bahan kek ke atas puding tadi.
  • Kukus 1 jam atau sehingga masak.
  • Bila sudah masak, sejukkan dahulu baru di keluarkan dari loyang.Bahagian bawah puding karamel akan jadi bahagian atas.

6 ulasan:

  1. salam kak..

    em, kek coklat caramel ni memang sedap dimakan.saya suka makan yang sejuk dari peti ais..erm,nyum2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ia sedap di makan sejuk-sejuk.keknya pun gebu aje.

      Padam
  2. salam kak.. thanks for sharing.. nk kena try lepas ni! =D

    BalasPadam
  3. Karamel tu nk kena sejuk dlu ke br ltkn kek diatasnya@ kena ltk ms masih panas

    BalasPadam
  4. Sis, saya da bt kek coklat puding karamel ni ikot resipi sis. Alhamdulillah menjadi. Family semuaa sukaa! :D halalkan ilmu ni ye sis :*

    BalasPadam
  5. salam sis, mcm mana nk hasilkan kek kukus y gebu dan cantik.saya penah cuba tp kek saya turun dan jadi mcm kawah bila sejukk...huhu...tolong saya ye sis- mai

    BalasPadam