style="text-align: center"

Sabtu, 17 Ogos 2013

IKAN SIAKAP BAKAR BERSAMBAL

 As-Salam buat semua...
Hari ini saya hidangkan Ikan Siakap Bakar Bersambal untuk di nikmati sewaktu makan tengahari nanti..

IKAN SIAKAP BAKAR BERSAMBAL
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-saiz sederhana
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 helai daun limau purut-hiris halus
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula

Cara membuatnya
  • Bersihkan ikan dan buang sisiknya.Kelarkan sedikit di kedua-dua belah.Sapukan sedikit lada sulah dan garam.Ketepikan.
  • Kisar bawang merah,bawang besar serta bawang putih ,serai dan buah keras bersama sedikit air hingga halus.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar serta cili kering kisar sehingga naik baunya.Tambahkan serai dan daun limau purut.Kacau rata.
  • Tambahkan sos cili,sos tomato,sos tiram,air asam jawa ,gula dan garam secukup rasa.
  • Ambil sesenduk bahan tumisan letakkan di dalam pemanggang ajaib dan letakkan ikan di atasnya ,kemudian tambahkan bahan tumisan selebihnya di atas badan ikan sehingga rata.
  • Bakar sehingga masak di dalam pemanggang ajaib.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan