Isnin, 30 September 2013

KERABU PUCUK PAKU

 As-Salam buat semua..
Sayur pucuk paku  ini menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi.Kat sini pucuk paku di jual dengan harga Rm1 sebanyak 4 ikat.Satu ikat dah sebesar lengan.Harga sayur yang cukup murah bagi saya.Biasanya saya buat Kerabu pucuk paku dalam dua versi,dengan santan dan satu cara lagi dengan kerisik seperti yang saya postkan hari ini.Dua-dua pun sedap...


KERABU PUCUK PAKU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 ikat pucuk paku
1/2 cawan isi kerang
1 biji lada merah-potong nipis
1/2 cawan kelapa goreng-mesinkan/tumbuk jangan sampai pecah minyak
1 labu bawang besar-hiris
limau kasturi/limau nipis-ambil jusnya
sos ikan secukup rasa
gula 

Cara membuatnya
  • Pucuk paku di ambil daun dan sedikit batang yang lembut sahaja.Basuh dan celur sebentar sahaja.Toskan airnya.
  • Isi kerang di celur sebentar dan toskan airnya.
  • Dalam satu mangkuk satukan kesemua bahan dan gaul rata.Jika ingin pedas bolehlah di tambah cili padi.
  • Sesuaikan rasanya mengikut citarasa sendiri.Jumlah bahan di atas sebagai panduan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan