style="text-align: center"

Ahad, 29 September 2013

PUDING LAICI

As-Salam buat semua..
Puding laici ini nampak ringkas sahaja tetapi jika ingin di buat sebagai pembasah tekak di kala cuaca panas sedap juga.Ia ada rasa laici di dalamnya dan ia juga cair dalam mulut!...he..hee..komen oleh para juri.

PUDING LAICI
Resepi:Norzailina Nordin

Bahan-bahan
1 tin  laici
200 ml. air laici
400 ml air
200 ml. susu cair
120 gm. gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
sedikit pewarna merah
hirisan laici/strawberi-untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Asingkan beberapa biji laici untuk hiasan.Kisar bakinya dengan air laici.
  • Jerang air,susu,gula,serbuk agar-agar dan pewarna merah atas api sederhana.
  • Kacau hingga mendidih,masukkan laici kisar.
  • Bila puding mendidih sekali lagi,ketepikan dari api.
  • Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang sesuai dan sudah di basahkan terlebih dahulu.
  • Biarkan sejuk sedikit sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

4 ulasan:

  1. Assalam.
    Kaler nya mengancam betul he yee
    Sedapp terasa sejuk Kat tekak ni
    Memang feberet laici ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena kaler yang mengancam baru la cepat habis!he..he

      Padam
  2. salam ziarah
    wah cantik sungguh puding ni..merah tu menawan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak ina sudi ziarah dapur saya yang tak seberapa ni..

      Padam