Saya masak Kurma ayam untuk di makan dengan Nasi tomato kerana Azim tak makan Ayam masak merah.Tu pun dia rasa pelik kerana kurma berwarna terang tidak seperti warna Kari ayam yang selalu dia makan.Susah juga nak penuhi selera budak sorang yang pemilih makanan ni.Kalau dulu terus kata tak nak,tapi sekarang dia ada sikit perubahan,nak tengok,hidu kemudian rasa dulu.Macam iklan susu sekolah kat TV pula!...
KURMA AYAM
Sumber:periuktanah.blogspot.com/ Thanks
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong kecil
1 cawan santan pekat
3 cawan atau secukupnya santan cair
Bahan di tumbuk kasar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
bahan tumis
rempah 4 sekawan-kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
1 pek kecil(24 gm) rempah serbuk kurma ayam dan daging-bancuh dengan sedikit air untuk di jadikan pes
1 biji bawang besar-belah 4
2 biji kentang-belah 4
2 biji lada hijau saya tambah
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak-untuk menumis
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan.Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan goreng sehingga agak garing
- Masukkan pes kurma,jika pes agak kering,masukkan sedikit santan cair dan masak hingga pes terbit minyak sambil di kacau sekali-sekala.
- Masukkan ayam dan kentang dan dikacau rata,biarkan ayam seketika sehingga ayam dan kentang empuk.
- Kemudian masukkan pula santan cair secukupnya untuk kuah yang diperlukan.
- Masukkan pula santan pekat,lada hijau,bawang besar,garam dan gula secukup rasa.
- Bila kuah mendidih,bolehlah di matikan api dan sedia untuk di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan