style="text-align: center"

Rabu, 2 Oktober 2013

TEPUNG PELITA

As-Salam buat semua..
Kuih tepung pelita yang dah lama saya ingin cuba membuatnya. Selalu sahaja tak ada tepung beras kat dapur.Sekali dapat dua pek tepung beras,saya terus mencuba kuih yang menjadi kesukaan Azim ini.Kalau puding dan dessert yang lain dia tak makan,Tepung pelita ni dia suka pulak..tak sampai sejam letak dalam peti sejuk terus dia minta nak makan.
Tepung pelita versi Kelantan di taburkan sedikit gula dilapisan bawah sebelum di letak adunan warna hijau (cara kukus).Saya pula cuma letak sedikit air gula dalam tepung pelita sebelum di letak dalam peti sejuk kerana saya tidak menggunakan cara kukus.

TEPUNG PELITA
Resepi:Sinar kehidupanku-kak yati.
Olahan:daridapursuzana

Bahan A(lapisan bawah hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula   saya letak 3/4 cawan)
5 cawan air
4 helai daun pandan-kisar
pewarna hijau atau esen pandan
1 sudu kecil air kapur

Cara membuatnya
  • Tepung beras,air,gula ,air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga sebati.
  • Masakkan tepung yang di adun dan kacau hingga masak dan berkilat,guna api sederhana.
  • Bila dah masak,masukkan ke dalam acuan yang di sukai,acuan plastik ataupun daun pisang.
Bahan B(Lapisan atas putih)
4 sudu besar tepung beras(rata)
4 cawan santan
sedikit garam

Cara membuatnya 
  • Satukan santan,tepung beras dan garam.Kacau hingga sebati dan ketepikan.
  • Masak santan yang di adun tadi dan kacau hingga pekat.
  • Angkat santan dan curahkan ke atas adunan hijau tadi.
  • Sejukkan dahulu sebelum di makan.
**saya tambah 1 sudu besar air gula cair ke dalam setiap bekas acuan .

4 ulasan:

  1. haaa..ni mesti dua-dua minat tepung pelita ni!

    BalasPadam
  2. Emmm my feberet ni tp di bulan puasa he hee dulu panggil kuih sampan sb selalu beli dlm daun pisang tu
    Sedappp kalu dpt buat sendiri

    BalasPadam