style="text-align: center"

Jumaat, 6 Disember 2013

KEK BATIK

 As-Salam buat semua...
Kek yang seterusnya saya buat dalam cuti sekolah ni adalah Kek batik.Ia juga adalah salah satu dari kek kesukaan anak-anak saya.Buat sendiri boleh makan puas-puas.Time hujan macam ni sedap juga makan kek batik dengan secawan nescafe panas.Lupa pula ambil resepi ni kat mana.

KEK BATIK

Bahan-bahan
1 paket biskut marie(450 gm)
150 gm marjerin/butter
1 biji telur
150 gm gula     saya letak 100 gm
50  gm serbuk koko
50 gm milo
1 sudu teh serbuk nescafe
1/2 cawan air
1 cawan susu cair

Cara membuatnya
  • Masukkan marjerin atau butter,gula,serbuk koko,milo,nescafe,air dan susu cair ke dalam periuk.
  • Kacau sehingga sebati dan panaskan dengan api sederhana sehinga mendidih.
  • Masukkan telur,kacau rata .Padamkan api.Masukkan biskut marie yang telah di patah-patahkan.Gaul sebati
  • Setelah sebati masukkan ke dalam bekas yang sesuai.Ratakan dan mampatkan adunan.
  • Setelah mampat,sejukkan adunan di dalam peti sejuk.Setelah itu bolehlah di potong dan hidangkan.
**Telur di pukul ringan sebelum di masukkan ke dalam adunan dan semasa masukkan telur,pastikan adunan di kacau denagn pantas supaya tiada ketulan telur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan