style="text-align: center"

Rabu, 4 Disember 2013

PUDING KASTARD BERKUAH

As-Salam buat semua...
Hujan-hujan pun saya buat puding juga,tak kiralah walaupun cuaca sejuk sekarang ni.Lagipun mood memasak masih ada lagi kerana saya bercuti hari ini.Puding ini sedap di makan sejuk dan bertambah sejuk lagi kerana di makan dalam musim hujan!

PUDING KASTARD BERKUAH
Sumber:Azlita masam manis.

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung kastard di bancuh dengan 1 cawan air
beberapa biji ceri merah untuk hiasan
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat agar-agar
  • Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih dan gula larut.Tuangkan susu cair dan esen vanila.
  • Tepung kastard yang telah di bancuh tadi di tapiskan dan masukkan ke dalam agar-agar.
  • Kacau adunan hingga hampir pekat.
  • Apabila telah masak,tuang ke dalam acuan kecil-kecil.Biarkan sejuk dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
Kuah kastard
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit cocktail-untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Masak susu,air dan gula dengan api yang perlahan hingga mendidih.
  • Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam adunan kuah.Tambah secubit garam dan esen vanila.Biarkan kuah mendidih.Tutup api
  • Biarkan kuah sejuk dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Untuk menghidang,masukkan kuah ke dalam mangkuk besar.Letakkan ais dan fruit cocktail dan letakkan puding tadi siap untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan