Khamis, 19 Disember 2013

SIMPLE NASI BERIANI

As-Salam buat semua...
Saya cuba membuat nasi beriani ini yang pada mulanya saya ingat amat susah untuk membuatnya.Cubaan pertama ini berhasil dan di sukai oleh anak-anak saya.Banyak resepi yang saya cari ,dan resepi Nasi beriani simple ini memang ringkas untuk membuatnya dan tidaklah kompleks sangat bagi saya yang baru pertama kali membuatnya.Ia di gandingkan dengan Ayam masak merah dan Acar timun yang saya akan postkan resepinya satu persatu setiap hari kalau ada kesempatan.Nak postkan sekaligus tak sempat pula nak berlama-lama depan PC ni...Thanks Gee,kerana kongsikan resepi yang mudah ini!....

SIMPLE NASI BERIANI
Sumber:Gee Hut. Tq!

Bahan-bahan
500 gm beras basmathi-basuh dan toskan
air secukupnya
4 sudu teh minyak sapi
2 biji bawang merah-di hiris
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah beriani
rempah penumis
daun pandan
kismis 
bawang goreng

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker di atas dapur biasa.Tumiskan rempah penumis dan bahan-bahan yang di hiris sehingga naik harumannya.
  • Masukkan pula rempah beriani yang telah di bancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan air dan tunggu sampai mendidih.
  • Masukkan pula beras,daun pandan dan kacau rata.Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  • Bila nasi masak,taburkan bawang goreng,kismis dan daun parsli jika ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan