style="text-align: center"

Rabu, 29 Januari 2014

KEK MINYAK

 As-Salam buat semua...
Dah ramai yang cuba buat Kek minyak,kita pun try buat juga.Coraknya boleh di buat seperti kek marble atau di letak dua warna yang di sukai.Kek ini mudah di buat dan sedap pula rasanya.Kepada kawan-kawan yang suka makan kek kosong tanpa aising bolehlah cuba buat kek yang lembut dan gebu ini.Sesuai di buat hidangan semasa minum petang.Kat rumah saya,buat makan malam dan minum pagi pun jadi,siang malam makan kek!..yang tu susah nak slim tu..he..hee.

KEK MINYAK
Sumber:Marsha mohamed@My resepi.com.tq

Bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan minyak     saya guna minyak canola
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sb ovalette
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pilihan

Cara membuatnya


  • Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula, ovalette sampai gebu.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila.Masukkan minyak dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
  • Bahagikan adunan mengikut warna pilihan. Selang- selikan adunan dalam loyang sampai habis.
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 160'C hingga masak.

6 ulasan:

  1. macam teringin je nak buat kek ni thanks su kongsi rsepi ya

    BalasPadam
  2. Sedapnya...dah byk kali buat gak..Cantik kaler nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Azatie..buat kaler terang2 supaya anak tertarik.

      Padam
  3. salam kak su..

    kek ni sedap dan sangat senang membuatnya kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye.. betul tu,ringkas sahaja dari bahan2 hingga cara membuatnya.

      Padam