style="text-align: center"

Selasa, 4 Februari 2014

KEK COKLAT KEJU LELEH

As-Salam buat semua..
Dah semua orang dok buat keju leleh sana -sini saya pun teruja juga nak cuba membuatnya.Pada mulanya saya beli kek ni sebab nak test macam mana rasanya.Ok lah juga kena dengan selera,nak pula cuba buat,bila dah buat banyak pula makannya...Saya buat bentuk sebiji seperti di atas(bakar) untuk jamuan kelas Quran Azim manakala untuk makan di rumah saya letak dalam bekas-bekas kecil(kukus).Kek pula di buat dua adunan untuk dua versi.

KEK COKLAT KEJU LELEH
Sumber:dari dapur Kak Yah.blogspot.thanks Kak Yah!

Bahan kek coklat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

**semua bahan di ayak bersama

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula   saya letak 1/2 cawan
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sudu besar susu tepung

**kacau sebati semua bahan dengan whisk dan masak di atas api yang perlahan hingga mendidih.Pastikan jangan sampai hangit.Ketepikan.

2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
50 ml air panas

parutan keju cheedar secukupnya

Cara membuatnya
  • Panaskan oven dengan suhu 180'c.
  • Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang di masak.Kacau sebati.
  • Putar telur dan esen vanila sampai gebu.Campurkan telur ke dalam adunan tadi.Campurkan air panas.Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.Kek ini boleh di bakar atau di kukus sehingga masak.

Krim keju
250 gm krim cheese
200 gm krim putar
3 sudu besar gula kastor    tak letak
  • Putar krim cheese hingga kembang dan masukkan gula.Putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan krim putar dan putar hingga putih dan berkrim.Bila kek sudah sejuk,tuangkan krim keju di atasnya.
  • Taburkan parutan keju secukupnya di atas kek sebagai hiasan.

3 ulasan:

  1. saam kak su..

    kek ni memang sangat sedap kan..sya pun gila makan kek ni..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap..tak ingat dah diet-diet bagai..

      Padam
  2. salam Su, akak pun dah leleh2 dah tengok kek ni tau, aduhhh nak kena buat jugak ni

    BalasPadam