Selasa, 15 April 2014

KARIPAP

 As-Salam buat semua..
Setelah sekian lama makan Karipap yang di beli,akhirnya saya mencuba juga buat Karipap sendiri.Walaupun bentuknya senget sana-sini tapi laku juga bila di makan panas-panas,rangup sahaja.Bukan saja senget tapi kelim tepi juga sangat kasar kelihatan.Tapi saya puas hati kerana hasil tangan yang keras dan kekok ini,akhirnya jadi juga karipap yang boleh di makan..he..hee.

KARIPAP
Sumber:ilhamdapur.blogspot.thanks.

Kulit karipap
1 1/4 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
100 ml air
3 sudu besar minyak masak-panaskan(betul-betul panas)
sedikit garam

Inti karipap
Sumber:Hazila.blogspot.thanks

Bahan-bahan
200 gm isi ayam -dadu kecil
2 biji kentang-dadu kecil
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk kari daging 
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak,tumis bahan yang di tumbuk ,bersama-sama dengan bancuhan serbuk kari hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam,kentang,daun kari dan air secukupnya.
  • Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan hingga agak kering dan ketepikan.
Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk satukan tepung dan garam.Masukkan  minyak yang telah di panaskan dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.Kemudian masukkan air dan kacau sebati.
  • Uli guna tangan sehingga doh lembut(dalam 3-4 minit).Kalau lembik,boleh di tabur sedikit tepung .
  • Rehatkan doh seketika(dalam 5-7 minit) dan bolehlah di canai.
  • Canai nipis sahaja,masukkan sedikit inti dan tutup kemas dan kelim tepinya.Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas,sambil di balikkan sehigga masak.
  • Angkat dan toskan.Sedia untuk di hidangkan.
*Inti yang tidak habis,boleh di simpan di dalam freezer dan di gunakan semula.
*jika tidak mahu menghidang kesemua karipap,bolehlah di goreng sekejap ,sejukkan dan simpan di dalam freezer.Goreng semula hingga garing bila di perlukan.

6 ulasan:

  1. Assalam
    Ank kita hari2 karipap kesukaan ank dan asben jg ni
    Tp beli sb mamanya mls nk wat he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya kita pun malas tapi anak-anak nak makan,jadi rajin pulak.

      Padam
  2. sedapnya karipap..em, nyum2..sedap makan panas2 ni kak su..

    BalasPadam
  3. Saya pun .... kalau buat karipap rupa jatuh no 3... yang penting rangup & inti sedap!

    BalasPadam