Isnin, 21 April 2014

KRIM KENTANG DAN AYAM

As-Salam buat semua...
Pagi-pagi ni nak buat entri pasal sarapan pagi pula.Sekali-sekala tukar menu baru best juga,hari-hari saya asyik makan oat sahaja.Sup ini sesuai di makan begitu sahaja ataupun di makan  dengan sebiji bun.Jom tengok resepi pula..

KRIM KENTANG DENGAN AYAM
Resepi:Chef Afifi Bakri,Majalah Saji April 2014

Bahan-bahan
1 biji kentang besar-potong dadu
2 ketul paha ayam
1 labu bawang besar-potong dadu
2 keping daun bay
1 liter air
1/2 cawan krim
garam dan lada putih secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam    saya tambah

Cara membuatnya
  • Tumis bawang dengan sedikit mentega,masukkan kentang dan air.Biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam.Reneh sehingga kentang dan ayam masak.
  • Asingkan ayam,kemudian kisar kesemua bahan sup.
  • Carikkan isi ayam dan masukkan semula ke dalam sup dan renehkan selama 5 minit
  • Jika sup terlalu pekat,boleh tambahkan air,jika sup sedikit cair renehkan lagi sehingga agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan krim dan perasakan dengan garam,lada putih dan sedikit serbuk lada hitam.

4 ulasan:

  1. kalau anak ros ni seperiuk dia sorang je makan. huhu!!!!lama xbuat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pula anak tak makan,mak anak pula yang makan lebih-lebih...!

      Padam
  2. em, sedapnya kak su..ngam betul cicah dengan roti..

    BalasPadam