Dah lama saya beli acuan Kuih lompang tapi tak pernah sekalipun saya cuba buat kuih lompang.Once upon a time...tergerak hati nak cuba buat kuih ni sementara bahan-bahan pun dah ada kat almari Doraemon.Bolehlah buat hidangan semasa minum petang nanti.
LOMPANG BERINTI DAGING
Resepi:Majalah Saji Ogos 2009
Bahan A
150 gm tepung beras
10 gm tepung jagung
600 ml santan
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa
Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
Bahan B(inti)
100 gm daging cincang
1/2 sudu besar rempah kari daging
minyak untuk menumis
garam seukup rasa
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan daging dan rempah kari daging.Masak hingga kering,tambah garam secukup rasa dan ketepikan.
- Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih.
- Bancuh bahan A hingga sebati.Sapukan acuan kuih lompang dengan sedikit minyak.
- Tuangkan adunan dan kukus selama 5 minit.Letakkan inti di atasnya dan kukus lagi selama 10 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng atau boleh saja hias dengan tomato dadu/lada merah yang dihiris ketika hendak di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan