Satu lagi resepi penyejuk tekak di kala musim panas ni iaitu Puding karamel tanpa telur.Best di makan sejuk-sejuk dan walaupun tidak menggunakan telur,rasanya lebih kurang sama sahaja dengan puding yang menggunakan telur.Jom tengok resepinya..
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber:Teratak mutiara kasih/Lina pg.Thanks.
Bahan gula hangus
4 sudu besar gula pasir saya letak 2 sdb.
Bahan puding
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Buat gula hangus dahulu,taburkan gula pasir ke dalam loyang.
- Dengan menggunakan api kecil,panaskan gula hingga menjadi cair dan perang kemudian ratakan pada keseluruhan loyang.
- Ketepikan biar ia sejuk dan mengeras di dalam loyang.
- Satukan kesemua bahan puding.Kacaukan di atas api kecil.
- Adunan hendaklah di kacau selalu agar tepung kastard tidak bergentel.
- Apabila mendidih dan adunan kelihatan sedikit pekat,tutup api.
- Tapiskan adunan dan tuang ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
- Sejukkan sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
- Terbalikkan puding ke dalam pinggan dan boleh di hidangkan.
bestnya makan puding karamel..
BalasPadammemang best tambahan pula makan sejuk-sejuk gitu.
BalasPadam