style="text-align: center"

Jumaat, 16 Mei 2014

CUCUR NASI IKAN BILIS

 As-Salam buat semua...
Sudah hampir dua minggu saya tak postkan sebarang resepi disini kerana masalah talian internet.Sudah beberapa hari talian dah ok tapi mood menulis tak ada pula.Baru hari ini saya ada masa sedikit untuk duduk depan komputer.Dan untuk kawan-kawan blogger bergelar cikgu..Selamat hari guru di ucapkan.
Resepi hari ini ialah Cucur nasi ikan bilis yang di buat untuk makan-makan pada waktu petang.Cucur ini rangup di luar dan lembut sahaja di dalamnya.Sedap bila dicicah dengan sos cili.

CUCUR NASI IKAN BILIS
Sumber:Sinar kehidupanku/yati memorries.Thanks

Bahan-bahan
2 cawan nasi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji lada besar-hiris nipis
daun sup/daun bawang-hiris halus
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Kisar nasi bersama air,masukkan sekali ikan bilis,bawang putih dan bawang besar.Kisar sebati.
  • Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan-bahan kisar tadi.Gaul sebati.
  • Campurkan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  • Panaskan minyak dan goreng cucur hingga masak.
  • Toskan minyak dan bolehlah di hidangkan dengan sos pilihan.

6 ulasan:

  1. wah, sedap cucur tu kak su..best ni cicah dengan sos cili..memang layan..

    BalasPadam
  2. Belum pernah cuba buat cucur nasi. Sedap tu bunyinya kalau rangup di luar & lembut di dalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Amie ...baru tahu kebenarannya..

      Padam
  3. Balasan
    1. haa..orang pantang tak leh makan,,berminyak ni! he..hee

      Padam