Resepi tiramisu ini mudah dan ringkas sahaja....dessert kesukaan my bodyguard.Boleh di buat dengan menggunakan kek span,kek gulung span(swiss roll) atau biskut lady fingers yang boleh didapati di kedai bakeri.Saya membuatnya dengan menggunakan dua jenis kek span vanila dan coklat.Makan pun sedap dan sejuk saja tekak.Tak kira dah berapa banyak kalori yang di makan,pejam mata dan nikmati sahaja!...
TIRAMISU
Bahan-bahan
1 gulung kek span vanila
1 gulung kek span coklat
250 ml krim putar
250 gm cream cheese
2 sudu besar gula kastor
1 sudu teh esen vanila
serbuk koko-untuk taburan di atas.
serbuk nescafe-bancuh dengan 1/2 cawan air
**adunan boleh di doublekan ikut keperluan
Cara membuatnya
- Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan putar hingga kaku.Ketepikan.
- Putar cream cheese dengan gula hingga kembang .Tambahkan esen vanila.
- Masukkan krim putar ke dalam adunan cheese dan gaul sebati
- Sediakan satu bekas yang sesuai.Potong kek span kepada kepingan dan susun di dalam bekas.
- Basahkan dengan air nescafe untuk melembapkannya.
- Sapukan adunan krim-cheese tadi dan ratakan.
- Buat setiap lapisan hingga bahan-bahan habis.
- Di atas sekali letakkan lebihan adunan krim-cheese dan ratakan.Simpan di dalam peti sejuk.
- sebelum menghidang,taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis di atas permukaan tiramisu.
- Sedia untuk di makan.Best....
Yummmyy
BalasPadamSedap mkn sejuk2
betul tu dan tak puas makan!
Padamsedapnya tiramisu tu kak su..menggoda betul la..heheh..
BalasPadamdessert yang sentiasa mabeles!
Padam