Jumaat, 18 Julai 2014

BISKUT KACANG BADAM

As-Salam buat semua...
Resepi asal biskut ini ialah Biskut kacang pecan.Macam biasalah, kacang pecan tu tak ada,suka-suka gi tukar jadi Biskut kacang badam kerana nak di sesuaikan dengan bahan yang di gunakan.

BISKUT KACANG BADAM
Resepi:Chef Ismail(resepi asal Biskut kacang pecan)

Bahan-bahan
1/2 cawan tepung gandum
60 gm minyak sapi
1/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
125 gm kacang badam

bahan hias
sedikit kacang badam
sedikit gula aising 
kuning telur

Cara membuatnya
  • Kacang badam di panggang dan kisar halus
  • Pukul minyak sapi,gula aising sehingga ringan dan berkrim.
  • Masukkan esen vanila,kacang badam dan tepung gandum.Adun sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil,tekan supaya leper sedikit dengan menggunakan garfu dan letak kacang badam di atasnya.
  • Atur di atas dulang pembakar bergris dan sapu kuning telur di atas biskut.
  • Bakar selama 8-10 minit atau sehingga masak pada suhu 175'c.
  • Jika suka apabila biskut sejuk,ayak dengan gula aising di atasnya.
 Tip jadikan biskut enak
  1. Tepung gandum boleh di gunakan untuk membuat biskut tapi ia kurang rangup.Bagi mendapatkan hasil yang baik,gunakan tepung biskut(tepung red rose)
  2. Emplex juga boleh menjadikan biskut rangup.Namun hati-hati kerana tidak semua jenis biskut sesuai menggunakan bahan ini.
  3. Ketika mengadun gula dan mentega,pastikan tidak terlebih pukul.Jika tidak,adunan akan menjadi terlalu ringan dan menyebabkan biskut menjadi leper dan kembang -Info Nestle.

4 ulasan:

  1. Mudah nampak resepi tu.. boleh cuba ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la buat kaau nak tahu..tapi kena la adjust2 sikit mana yang patut.

      Padam
  2. Balasan
    1. dalam gambar macam tu la Wana,sentiasa nampak cantik ye kan.

      Padam