style="text-align: center"

Jumaat, 29 Ogos 2014

IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS

As-Salam buat semua..
Saya masak ikan kicap ni selepas mengintai resepi kat blog Kak Azie.Ikan Aji-Aji tak ada,jadi saya tukar dengan Ikan tongkol.Jadi lah jugak Ikan masak kicap yang sedap di makan denagn nasi panas ni.Kalau ada Ikan Aji-Aji seperti Kak Azie tentu lebih sedap lagi sebab isinya lembut saja dan kuah kicap tentulah meresap masuk dalam isinya.Let's try masak...

IKAN TONGKOL MASAK KICAP PEDAS
Oleh: aziejaya.blogspot.com/   Azie kitchen.thanks

Bahan bahan:
1ekor ikan tongkol saiz sederhana - lumur garam kunyit dan goreng
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
3 biji cili hijau - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam dan gula
Kicap 
Sos tomato
Sos tiram
Sedikit cuka

Cara membuatnya
  • Kisar bawang-bawang dan halia.Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan dimasukkan cili kisar.Terus menumis sehingga cili kisar menjadi masak dan garing.
  • Masukkan sedikit air, kicap, sos tomato, sos tiram dan sedikit cuka. 
  • Masak sehingga mendidih.Akhir sekali, masukkan bawang dan cili hiris dan sesuaikan rasa.
  • Masukkan garam jika belum masin dan sedikit gula. Tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.

5 ulasan:

  1. Kalau masak kicap ni sedap gaul2 kuah dengan nasi panas.... menambah dua pinggan!

    BalasPadam
  2. Wow. Balik ni nk masak la.. tapi masak ikan kembung...

    BalasPadam
  3. Wow. Balik ni nk masak la.. tapi masak ikan kembung...

    BalasPadam
  4. nmpk sdapp!! nk test mlm ni pkai ikan merah. da jemu asik wat asam pedas je. thx shre

    BalasPadam