style="text-align: center"

Selasa, 16 September 2014

PUYUH HITAM MANIS

 As-Salam buat  semua..
Semalam saya menyiapkan hidangan  lauk pengantin untuk anak saudara my body guard yang majlis persandingan di adakan pada 15 September 2014.Masakan burung puyuh ini adalah salah satu dari
hidangan untuk lauk pengantin semalam.Resepinya di ambil dari sebuah majalah yang saya dah lupa namanya sekitar tahun 2008.Resepi sebenarnya adalah Daging hitam manis yang saya tukarkan ke burung puyuh atas permintaan pengantin-Kak ngah Syahida.Rujukan resepi asal di bawah adalah untuk 1 kg daging.Saya telah menggunakan 6 ekor burung puyuh yang di belah dua dan jumlah bahan-bahan mengikut keperluan.

PUYUH HITAM MANIS
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 kg daging batang pinang)
minyak masak secukupnya
1/2 botol kecil kicap manis  
garam/gula
1 tangkai daun kari

Bahan perap
5 sudu besar sos tiram
2 kiub pati ayam-di hancurkan   
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur

gula dan garam

Bahan -kisar
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 batang serai
8 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
7 biji buah keras
*1 sudu kecil biji ketumbar
*1 sudu besar jintan manis
*1 sudu besar jintan putih
Kesemua bahan bertanda* di goreng dahulu dan kemudian di kisar dengan kicap.
tomato ceri  saya tambah

Cara membuatnya
  • Daging di hiris nipis(atau puyuh di belah dua) dan perap selama sejam dengan bahan perapan.Goreng sebentar.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.Tambah sedikit air.Masukkan daging/puyuh dan gaul rata.
  • Masukkan kicap dan renehkan dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  • Bila kuah nampak pekat,masukkan tomato ceri.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

3 ulasan:

  1. Inilah kreativiti dalam masakan, bijak ubahsuai gunakan bahan, taklah stereotype dunia masakan kita kan Suzana... tambah meriah!

    BalasPadam
  2. nampak sedap tu su, lama dh tak makan puyuh masa dolu2 je kat kampong

    BalasPadam