Isnin, 20 Oktober 2014

BUBUR CANDIL

As-Salam buat semua..
Cuba buat Bubur candil pula setelah terjumpa sepaket tepung pulut dalam almari,mujur masih valid lagi.Lagipun dah lama tak makan bubur-tu lah tangan yang tak berseni ni,ingat nak gentel kecil-kecil comel tapi gi jadi gemuk-gemuk dan bam-bam pula!.Dalam resepi sebenar semuanya di buat warna hijau,tapi saya telah membuatnya jadi warna-warni,meriah sikit nak makan...

BUBUR CANDIL
Sumber:mamawandiha.blogspot.com thanks

Bahan doh
250 gm tepung pulut
4-5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna plihan
1 cawan air
1 sudu kecil garam-bancuh dengan air kat atas

Bahan kuah
santan sederhana pekat secukupnya
gula pasir ikut manis yang di sukai
secubit garam
2 helai daun pandan -di simpul

Cara membuatnya
  • Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas.
  • Masukkan air kapur,dan tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi sambil di uli dan tambahkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut(air jangan di tuang sekaligus).Jika lembik boleh di tambah tepung.
  • Bahagikan doh dan campur dengan warna yang berlainan.
  • Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Sediakan sebekas air yang bersih dalam bekas yang lain.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli atau saiz yang anda suka.
  • Masukkan dalam air mendidih.Buat sehingga habis.
  • Angkat dan toskan bebola pulut yang timbul dan masukkan ke dalam air bersih yang telah di sediakan tadi.
  • Dalam periuk lain,jerangkan santan sederhana pekat bersama gula dan sedikit garam dan daun pandan.Sentiasa kacau perlahan.
  • Toskan bebola pulut tadi dan masuk ke dalam kuah santan dan masak hingga mendidih.Sentiasa kacau perlahan.
  • Bila dah masak,tuutp api dan sejukkan.

4 ulasan:

  1. menarik bubur kaler rona-roni tu..tapi wana belum pernah rasa lagi kak..ada santan mesti sedap ni kan kak su..

    BalasPadam
  2. Masa kecik2 dulu suka ngacau mak gentel tepungnya, terutama bulan puasa... tapi dulu plain aje takde warna he hehehhe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la gatal tangan nak warna -warni,padahal rasaya sama saja kan..

      Padam