style="text-align: center"

Sabtu, 18 Oktober 2014

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES


As-Salam buat semua..
Antara makanan yang paling laku di rumah ini ialah brownies sebab ia ada coklat!.dah lama saya bertangguh untuk buat brownies yang namanya panjang ni.Sayangnya jangka hayat tak panjang kerana semua orang sukakannya.Ambil gambar pun pada malam hari,jadi blur semacam,nak tunggu waktu siang takut habis pula.Brownies ni rasanya sedap dan ia garing dengan coklat di atasnya.Let's try baking..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber:mamazieza.blogspot  thanks

Bahan  A
250 gm mentega
400 gm cooking chocolate 

bahan  B
6 biji telur
340 gula perang     saya guna 200 gm 
2 sudu teh esen vanila
20 gm coklat emulco

Bahan C
80 gm tepung gandum*
60 gm serbuk koko *
* di ayak bersama
140 gm kacang walnut/pecan/macadamia-pilihan
* bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 160'c.Sediakan loyang 11inc x 11inc dan  alas dengan baking sheet.
  • Double boil bahan A hingga cair,ketepikan dan biar suam sedikit.
  • Pukul bahan B hingga gula hancur dengan hand whisk.
  • Tuang adunan coklat dan gaul sampai sebati.
  • Masukkan tepung,serbuk koko dan kekacang pilihan dan gaul lagi hingga rata.Jangan gaul terlalu lama.
  • Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 50 minit-1 jam bergantung pada oven masing-masing. 
  • Setelah masak,biarkan dalam acuan hingga sejuk.Lebih sedap jika di simpan semalaman.
*sedap di makan begitu sahaja atau di letak ganache,ais krim atau sos kastard.

4 ulasan:

  1. senang nye buat brownies ni.. uhukkk..! mesti di cubaaa :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..kek bantat yang popular di dunia..

      Padam
  2. aa'aalaahhh namanya memang panjang... yang saya ingat cuma yang depan dengan belakang sekali... chewy brownies.. seronokkan kalau hasil air tangan kita disukai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka lah peminat coklat kat rumah ini,sebab tu cepat habis.

      Padam