style="text-align: center"

Sabtu, 1 November 2014

MUFFIN COKLAT

As-Salam buat semua..
Jom buat muffin pula,sekejap saja sudah siap,tak perlu putar segala bagai,cuma kacau-kacau gitu saja dah boleh di bakar.Mudah kan..let's try baking..

MUFFIN COKLAT
Sumber:Damai Qalbu, rohaisha.blogspot.com  .thanks

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang   
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action   saya guna baking powder biasa
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cips

Cara membuatnya
  • Pukul bahan A dengan whisk sehingga bercampur dan gula hancur.Saya kacau sebati sahaja.
  • Gaul bahan B sehingga rata dan masukkan ke dalam bahan A dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin da taburkan coklat cips di atasnya.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.Dah siaaap....

6 ulasan:

  1. Senang buat mufin mudah macam ni kan Kak sue, gaul2 ja dah siap..hihi

    BalasPadam
  2. wah sama lah kita hari ni sue,akak pun letak entri muffin jugak ni heheee jemputla tukar jom

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat juga muffin kak noor tu,nanti beli coklat cip oren

      Padam
  3. Dah kenyang jamu mata dengan muffin di dapur Kak Noor, datang sini sambung lagi dengan muffin coklat he heheh.... malam nanti tidur termimpi2 muffin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah ,muffin ni laku saja kat mata dan mulut anak-anak.

      Padam