style="text-align: center"

Selasa, 4 November 2014

APAM BALIK

APAM BALIK

Sumber: Azie Kitchen  .Thanks

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega


Cara membuatnya
  • Blend telur dan gula hingga kembang.Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam.Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi. 
  • Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna.Blend sebati.Perap selama 1 hingga 2 jam. 
  • Dengan menggunakan kuali non stick,tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil- kecil,letak inti banyak banyak.Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas- panas bersama teh O.


2 ulasan:

  1. sedap makan apam balik ni panas kak su..sini dipanggil kuih bulan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut pun kuih bulan,bentuknya bulat.

      Padam