Rabu, 24 Disember 2014

UDANG GORENG JINTAN MANIS

As-Salam buat semua..
Saya masak udang semula setelah lama pencen dek paras kolestrol jahat(LDL) meningkat sedikit di dalam darah beberapa bulan lepas.Selepas fight dengan kolestrol beberapa bulan...check semula sample darah menunjukkan paras kolestrol telah kembali normal dan archieve target ,saya ulang semula makan udang yang paling saya suka ni,tetapi tidak kerap sangat.he..he tak serik tu!
Resepi lupa pula tengok kat mana.

UDANG MASAK JINTAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 kg udang besar
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu kecil serbuk kunyit
100 ml air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa
minyak masak

Cara membuatnya
  • Kisar 2 labu bawang besar,bawang putih dan halia.Ketepikan.Satu labu bawang besar lagi,dihiris nipis.
  • Gaul udang dengan air asam jawa dan perapkan selama 1/2 -1 jam.
  • Selepas itu,gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Dengan minyak yang sama tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan jintan manis dan jintan putih.
  • Tumis sehingga wangi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah tumisan garing dan kering sedikit,barulah masukkan udang dan hirisan bawang besar tadi dan gaul rata.
  • Biarkan sebentar dan bolehlah di angkat.Taburkan dengan potongan daun ketumbar jika suka.
  • Bolehlah di hidangkan.

4 ulasan:

  1. Udang galah ye Suzana... sedapnya masak jintan, tentu semerbak aromanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udang galah la Amie,barulah sedap dan berselera he..hee

      Padam
  2. Berselera nampak udang tu... nampak sedapp... ni yang nk bikin gk nih!

    BalasPadam