Masakan sotong untuk hidangan tengahari semalam.Rasanya dah lama tak main masak-masak,asyik dok buat kuih dan kek sahaja.Sekali-sekala makan sotong berselera juga makan nasi.Let's try masak..
SOTONG MANIS SOS BARBEKU
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
4 ekor sotong besar-di bersihkan
1 labu bawang besar--di hiris
1/2 inci halia-di parut
4 ulas bawang putih-cincang halus
1 biji lada besar hijau-potong nipis
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
serbuk cukup rasa Maggi
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 helai daun limau purut
minyak sayur -untuk menumis
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak sayur dan tumiskan bawang putih dan halis hingga naik baunya.
- Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
- Masukkan sos barbeku dan sos cili kemudian masukkan sotong.
- Tambahkan daun limau purut,kicap manis dan serbuk cukup rasa.
- Biarkan sotong masak sekejap dan masukkan bawang besar,serbuk lada hitam serta lada hijau.
- Angkat dan hidangkan
menyelerakan..lapar wana tengok.. :)
BalasPadam