Khamis, 15 Januari 2015

BENDI GORENG BELACAN

As-Salam buat semua....
Sayur bendi ini saya masak untuk di makan dengan masakan sotong yang telah di buat sebelum ini.Goreng yang ringkas-ringkas sahaja baru cepat boleh makan.Biasanya saya suka makan bendi segar atau yang di celur dan rasanya manis sahaja,ataupun cicah saja dengan budu lagi terangkat..

BENDI GORENG BELACAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
10 batang bendi-cuci dan toskan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan bakar
1 biji lada merah 
1 biji lada hijau
serbuk cukup rasa
minyak sayur

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan belacan .
  • Panaskan sedikit minyak sayur dan tumiskan bahan tumbuk tadi.
  • Potong bendi dan masukkan ke dalam kuali dan gaul rata.
  • Tambahkan lada merah dan hijau serta serbuk cukup rasa.
  • Biarkan bendi layu sedikit  kemudian bolehlah di angkat.

2 ulasan:

  1. bendi goreng belacan..wana suka makan ni..sedap kan kak su..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap la Wana makan dengan nasi panas dan lauk goreng .

      Padam