Ayam Kung Pao selalu saja saya buat kerana Azim amat sukakannya.Biasanya saya buat pada hujung minggu kerana dia akan makan nasi berulang-ulang kali.Macam mana nak kurus,dok bam-bam lagi sampai sekarang,asyik makan sedap saja..Let's try masak.
AYAM KUNG PAO
Sumber:dapur ibundo thanks
Bahan-bahan
3 ketul dada ayam
3 sudu besar roasted peanut saya guna badam
8 biji cili kering-di potong
3 sudu besar minyak masak
5 keping hirisan halia
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
Untuk perapan
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil minyak bijan
Untuk sos
1 1/2 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil cuka
2 sudu besar air
1 sudu kecil tepung jagung
Cara membuatnya
- Hiris ayam potongan kiub atau memanjang.Cuci dan toskan kering.
- Perap dengan bahan perapan selam 30 minit.
- Campurkan bahan sos dalam mangkuk dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan panaskan minyak(saya guna canola).Goreng ayam 70 peratus masak.Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali lain,panaskan 2 sudu besar minyak.Masukkan halia dan bawang putih kemudian cili kering.
- Masak hingga beraroma wangi.Masukkan ayam.
- Masukkan kacang panggang.Kacau rata dan bahan sos.
- Akhir sekali masukkan daun bawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan