Isnin, 18 Mei 2015

SPAGHETTI SOS CENDAWAN

As-Salam buat semua..
Makanan ruji selain dari nasi,saya suka makan pasta.One of my favourite dishes.Pelbagai resepi pasta dah saya cuba dan semuanya sedap-sedap belaka.Sebab tu susah nak slim,asyik makan saja!Tambahan pula umur makan antik ni,Basal Metabolic Rate(BMR)pun  semakin rendah.Alasan kan..cakapla suka makan...

SPAGHETTI SOS CENDAWAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus  spaghetti
250 gm daging cincang
1/2 tin sos cendawan prego
2 sudu besar sos tomato
1 tin cendawan butang -potong nipis
2 biji tomato-buang isi dan potong dadu
2 biji bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 kiub pati daging
beberapa tangkai daun ketumbar-hiris halus 
serbuk lada hitam
minyakcanola
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya
  • Didihkan air di dalam periuk.Masukkan garam dan sedikit minyak canola.
  • Bila air mendidih,masukkan spaghetti dan rebus hingga masak.Toskan airnya dan ketepikan.Simpan air rebusan.
  • Panaskan minyak  canola dan tumis bawang besar ,bawang putih.Tambahkan tomato dadu sedikit garam dan serbuk lada hitam semasa menumis.
  • Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warnanya.
  • Masukkan sos cendawan prego,sos tomato.kacau sebentar dan tambah air rebusan spaghetti secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan kiub pati daging dan cendawan hiris.Kacau sebati.
  • Masak hingga kuah kelihatan sedikit pekat dan akhir sekali masukkan daun ketumbar.
  • Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Curahkan sos di atas spaghetti dan hidangkan.

3 ulasan:

  1. Tengok spaghetti... teringat kat anak sulung... dia suka sangat makan spaghetti...huhuuu tiba-tiba jadi rindu pulak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita,anak sulung saya juga suka kan Spaghetti.

      Padam