Rabu, 13 Mei 2015

TERUNG GORENG CILI

As-Salam buat semua..
Let's try masak sayur terung pula.Selalunya saya suka makan terung yang di celur sahaja,rasanya manis di ratah begitu sahaja.Bab makan sayur terung,saya bukan tipikal Kelantan,cicah terung celur dengan budu.Kali ini try masak terung cara goreng pula.Best juga makan dengan Ikan goreng dan Nasi putih buat hidangan tengahari.

TERUNG GORENG CILI
Olahn:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 batang terung
1 biji bawang besar-belah dua

bahan kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil jus limau nipis
garam dan gula perang secukup rasa

Cara membuatnya
  • Terung di potong dan di goreng sekejap.Toskan.
  • Tumis bawang besar hingga layu.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  • Masukkan sos tiram,jus limau nipis,garam dan gula perang secukup rasa.
  • Tuang bahan tumis di atas terung goreng tadi.
  • Sedia di hidangkan.

2 ulasan:

  1. buat sambal terung pun sedap juga tu kak su :)

    BalasPadam
  2. Alahai..sedapnya terung..makan dengan nasi panas2!memang tak toleh kiri kanan kan... Tapi kalau takotkan kolestrol dari lauk ni, jom kawal dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    BalasPadam