style="text-align: center"

Sabtu, 20 Jun 2015

BANANA-OREO PARFAIT

As-Salam buat semua..
Perkenalkan..dessert yang saya buat untuk berbuka puasa.Simple sahaja tapi best juga makan sejuk-sejuk.Buat untuk berdua sahaja kerana anak-anak tak makan yogurt.Kalau campur dalam kek mungkin mereka makan kerana tak nampak yogurt tu.

BANANA-OREO PARFAIT
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bekas yogurt perisa mangga
beberapa keping biskut oreo
Honey flakes secukupnya
beberapa potongan pisang 

Cara membuatnya
  • Ambil dua gelas dessert.Patahkan biskut oreo dan penuhkan dasar gelas.
  • Masukkan dua sudu besar yogurt atas biskut dan letakkan hirisan pisang di atasnya.
  • Hancurkan Honey flakes taburkan di atas pisang.Ulang langkah dan buat 2 lapis.
  • Atas sekali letak pecahan biskut dan hirisan pisang.
  • Sejukkan.Taburkan baki Honey flakes bila sedia untuk di makan.

6 ulasan:

  1. Sedapnya mkn sejuk2....tambah dimakn time berbuka..blh jd kenyg gak sbb ada buah pisang :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la Atie,best jer makan time sejuk -sejuk

      Padam
  2. Saya hantu yogurt.... he he heee... anak-anak pun 2x5.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya saya yang makan yogurt ,anak-anak tak suka.best la Amie semua anak makan tak memilih.

      Padam
  3. nampak sngt mengancam lah Su...

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar boleh membuka selera,Kak Noor.

      Padam