Biskut raya yang kedua saya buat beberapa hari lepas.Tekstur biskut ini rangup sekali.Padan pun namanya di letak perkataan crunchy memang sesuai sangatlah.Saya tertarik untuk cuba membuatnya kerana ia tidaklah rumit sangat.Let's try baking..
CRUNCHY NESTUM COOKIES
Sumber:ovenkecil.blogspot.com Thanks Naz .
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
*kedua bahan ini di ayak bersama
2/3 -1 cawan bijirin NESTUM original-kisar halus
1 cawan NESTUM original-tak perlu kisar
Bahan B
125 gm mentega
1/2 cawan gula kastor-boleh kurangkan 1-2 sdb utk kurangkan manis
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur gred B
Bahan hiasan
bijirin nestum secukupnya
buah ceri yang di potong kecil saya guna manik berwarna
Cara membuatnya
- Satukan semua bahan A dalam mangkuk.Ketepikan.
- Didalam mangkuk pengadun,pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukan esen vanila dan telur,terus memukul hingga sebati lagi.
- Masukan bahan A ke dalam bahan yang di adun dan uli hingga jadi doh yang lembut.
- Balut doh denagn plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Keluarkan adunan dari peti sejuk.Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola.
- Golekkan ke dalam pingan yang berisi bijirin nestum sambil di tekan sedikit.
- Susun di dalam loyang pembakar.
- Ambil buah ceri/manik hiasan dan tekan di tengah sebagai hiasan.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 150'c selama 15 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan