style="text-align: center"

Khamis, 30 Julai 2015

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

As-Salam buat semua...
Dah lama saya menanti peluang untuk cuba membuat kek yang sedap ini.Akhirnya pada hari terakhir Ramadhan lepas saya buat juga untuk menyambut hari raya pada keesokannya harinya.Ambil risiko sahaja kerana saya tak pernah lagi membuat kek ini sebelumnya,dan satu lagi buat dalam keadaan badan yang penat sangat kerana menyiapkan juadah lain juga...
Memang ada risikonya kerana kek ini siap pada jam 0100 malam raya sampai saya hilang fokus akibat terlalu letih.Lapisan dalamnya pun tak berapa kemas untuk kek layer coklat.Lepas seminggu baru jumpa kat blog Azlita,cara-cara nak potong kek ini supaya tidak comot.Lain kali kena cuba lagi dalam keadaan yang tenang dan tidak keletihan seperti malam raya itu..Best la gabungan cheese dan coklat ni!..Let's try baking.

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE
Sumber:Damai Qalbu  thanks 

Kek Asas(loyang 9x3 inci)..Saya buat versi square
MOIST CHOCOLATE CAKE 

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder-di ayak bersama
2 cawan gula halus    saya guna 1 1/2 cawan
4 biji telur gred A
250 gm mentega
2 sudu kecil esen vanila

Bahan bancuhan koko(pes coklat)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas 
1/2 cawan susu cair/susu segar

Cara membuatnya
  • Untuk membuat bancuhan koko:masukkan serbuk koko,gula halus dan air panas dalam periuk.Jerang di atas api perlahan,kacau rata sebentar hingga berkilat.
  • Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik .Tuang susu cair, kacau rata dan ketepikan.
  • Sementara itu,pukul rata gula dna entega hinga kembang.
  • Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  • Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  • Masukkan tepung brselang-seli dengan pes coklat tadi dan di gaul hingga rata.
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'c menggunakan api atas bawah.
Coklat ganache(buat sehari awal)
sumber:Cida de Nuanza

Bahan untuk ganache(buat sehari sebelum)
100 gm whipping cream
250 gm dark chocolate
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan.
  • Masak secara double boiler sampai coklat larut
  • Biarkan semalam hingga ganache jadi pekat(boleh di paipkan).

Bahan untuk cream cheese
500 gm cream cheese
250 gm mentega
120 gm gula aising
1 sudu kecil serbuk nescafe(boleh letak lebih ikut citarasa)

Cara membuatnya
Campurkan kesemua bahan kecuali nescafe.Putar sampai sebati dan gebu.
Selepas itu ayakkan nescafe.Sebatikan .

Cara  hias
  • Potong kek kepada empat bahagian.
  • Ambil satu lapisan kek dan letak di atas papan kek.
  • Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag,paipkan ke sekeliling kek(untuk versi bulat).diikuti adunan ganache, berselang-seli hingga habis.
  • Ambil sekeping kek lagi,letak di atasnya dan paipkan adunan cheese dan ganache seperti di atas sampai habis kesemua 4 keping kek.
  • Pada lapisan ke-empat paipkan adunan cheese sahaja ke seluruh kek dan ratakan.
  • Simpan kek di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Salutan ganache
*Masak satu lagi adunan ganache guna resepi tadi.
Tak perlu di biarkan semalaman.Cuma sejukkan ganache selama 15 minit.
Boleh terus tuang di atas kek yang di saluti cheese tadi. 


*Tip memotong kek dari Azlita.Thanks
  • Mula-mula kita panaskan pisau atas api,sebaiknya anda panaskan atas dapur, jangan terlalu panas sampai merah pula pisau tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.
  • Letak pisau atas kek.
  • Tekan pisau ke bawah.
  • Jangan di sorong tarik pisau,tekan terus sampai bawah. 
  • Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar 
  • Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.Ini mengelakkan kek anda comot.

    Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah di panaskan lagi, begitulah seterusnya
    .

2 ulasan:

  1. kek ni walaupun agak banyak step tapi sedap sangat kan kak su..cantik hasilnya..makan pun berbaloi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Wana,meme sedap hingga menjilat jari..he..hee

      Padam