style="text-align: center"

Khamis, 3 September 2015

DURIAN CREAM LAYER CAKE

As-Salam buat semua.. 
Hari ni cuti dah habis!.hari  ke -7 saya bercuti dan bermula esok saya akan kembali bertugas seperti biasa.Sebelum tu saya entrikan kek ulang tahun yang saya buat sehari sebelum 31 Ogos lepas.Baki buah durian yang saya frozenkan masih banyak lagi.Kebetulan pula semasa BW terjumpa resepi kek ini di blog Evelyn.Try buat,best juga untuk yang minat makan durian tu.Dengan tanpa rasa bersalahnya saya telah makan beberapa keping kek ini.Bukan buat selalu pun,tahun ni saja!pujuk hati...Let's try baking.

DURIAN CREAM LAYER CAKE
Sumber: MY BAKING WORKSHOP thanks

Sponge asas
A
4 biji kuning telur
40 gm gula kastor

B
2 sudu besar susu segar
56 gm minyak jagung

C
1/2 sudu kecil esen vanila
80 gm tepung superfine-di ayak
1/2 sudu kecil baking powder

D
4 biji putih telur
80 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 160'c.Sediakan loyang bersaiz 8",griskan dan alaskan dengan kertas minyak.Ketepikan.
  • Pukul bahan A hingga kembang selama 2 minit.
  • Panaskan bahan B lebih kurang 20 saat dan terus masukkan bahan A tadi,gaul guna hand whisk.
  • Kemudian masukkan bahan C,gaul lagi hingga sebati.Ketepikan.
  • Pukul bahan D hingga kembang dan pekat.
  • Ambil 1/2 adunan D,kaup-balik ke dalam adunan pertama tadi.
  • Masukan baki bahan D dan kaup-balik hingga rata dan sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160'c selama 40-45 minit  atau hingga masak.
  • Sejukkan sepenuhnya di atas wire rack.
DURIAN CREAM FILLING
A
650 gm isi durian
1 sudu besar gula kastor 

B
1 sudu kecil gelatine
3 sudu besar air panas

C
200 ml whipping cream
1 sudu besar gula kastor

Cara membuat filling
  • Masak bahan A dalam periuk hingga mendidih sambil mengacau.Matikan api dan sejukkan.
  • Satukan bahan B,cairkan guna kaedah double boiler.Ketepikan
  • Pukul bahan C hingga kembang dan pekat.Masukkan bahan A dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan pula bahan B dan pukul sebati
  • Jika filling terlalu cair,sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1-2 jam baru di gunakan.
Hiasan
250 gm fresh cream-di pukul hingga pekat
sedikit kepingan badam panggang

Cara menyusun kek
  • Potong sponge kek kepada 3 lapisan.
  • Letakkan cake ring atas cake board ikut saiz lebar sponge kek tadi.
  • Letakkan lapisan kek yang pertama dalam cake ring,sapukan 1/2 adunan filling durian di atasnya.
  • Letakkan pula lapisan kek yang ke-2,sapu lagi baki filling dan ratakan.
  • Letak lapisan kek yang terakhir di atasnya,bungkus atas cake ring tadi guna plastic wraper dan sejukkan selama 3 jam.
*saya menggunakan piping bag semasa meletak filling pada lapisan kek.
  • Tanggalkan cake ring dan sapu kemas fresh cream keseluruhan kek.
  • Akhir sekali,tabur kepingan badam pangang(saya guna badam nib)di sekeliling kek.
  • Sejukkan lagi selama 1 jam sebelum di potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan