style="text-align: center"

Isnin, 14 September 2015

MAKARONI BAKAR BEREMPAH

As-Salam buat semua..
Hari ini saya kongsikan di sini Makaroni Bakar Berempah yang selalu di buat dan menjadi kesukaan di rumah ini.Azim yang pemilih makanan tu pun sanggup makan berkeping-keping.Kalau buat sendiri tu overlah sikit letak bahan-bahan biar rasanya melekat di hati!..Let's try baking..

MAKARONI BAKAR BEREMPAH
Olahan:daridapur suzana

Bahan-bahan
250 gm makaroni
2 labu bawang besar-potong dadu
1 labu bawang putih-cincang
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos tiram
1 paket daging kisar
1 kiub pati daging
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
7 biji telur ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 cawan bawang goreng
1 cawan hirisan daun ketumbar dan daun bawang
3 biji cili merah -potong halus
1/2 cawan minyak canola
garam/gula secukup rasa

Hiasan
hirisan daun bawang
bawang goreng di tumbuk hancur
sos cili
mayonis
hirisan lada merah
 
Cara membuatnya
  • Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Masukkan garam dan kemudian celur makaroni hingga lembut.Toskan.Simpan sedikit air rebusan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih hingga naik baunya.
  • Bancuhkan serbuk kari daging dan serbuk kurma dengan sedikit air dan gaul bersama di jadikan pes.
  • Kemudian masukkan cili keing kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan pes kari dan kurma dan masak lagi hingga naik minyak.
  • Masukkan daging  kisar dan gaul sebati.Tambahkan sedikit air rebusan makaroni.
  • Bila daging sudah masak,masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan kiub pati daging dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan bawang goreng,hirisan daun ketumbar dan daun bawang,cili merah dan serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • Kacaukan 5 biji telur di dalam mangkuk,tambahkan serbuk lada sulah.
  • Padamkan api dan curahkan telur kedalam adunan makaroni tadi dan gaul rata.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c dan masukkan adunan makaroni ke dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar di dalam oven selama 15 minit dan jika menggunakan loyang kaca tahan panas,bakar secara bain marie.
  • Selepas 15 minit keluarkan makaroni tadi dan kacaukan  2 biji telur lagi dan siram rata-rata di atas makaroni.
  • Bakar semula hinga masak-permukaan atas makaroni kelihatan perang.
  • Sejukkan makaroni sebentar kemudian bolehlah di taburkan bahan hisan dan paipkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  • Sejukkan sepenuhnya agar tidak berderai semasa di potong.

2 ulasan: