style="text-align: center"

Rabu, 23 September 2015

TART NENAS GEBU

As-Salam buat semua..
Sehari sebelum Aidil Adha esok....hari ini saya tidak bertugas, bersambung dengan cuti kelepasan am sehingga Ahad ini.Tahun ini kami menyambut Aidil Adha di Kuantan tanpa kakak Afiqah.Lagipun..di kelantan,empat  orang yang paling istimewa dalam hidup sudah tiada lagi ..yang tinggal hanyalah kenangan mengusik jiwa..
Tart Nenas gebu di atas sungguh padan dengan namanya ..ia gebu dan cair saja dalam mulut!.siapa yang minat makan tart nenas jenis gebu boleh cuba buat resepi ini.Let's try baking. 

TART NENAS GEBU
Sumber:Dari dapur Ummu.thanks

Bahan-bahan
250 gm mentega
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3  1/4 cawan tepung gandum

jem nenas secukupnya-di gentel bulat kecil

Hiasan
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuing
1 sudu air
*bancuh ketiga-tiga bahan ini hingga sebati 

Cara membuatnya
  • Ayak ketiga-tiga tepung bersama.
  • Pukul mentega dan gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi,kuning telur dan garam.Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga jadi doh.
  • Perap sebentar supaya doh mesra dalam 15-20 minit.
  • Gunakan acuan tart nenas/semperit untuk buat tart gulung,letak inti jem nenas dan gulung kemas.Buat hingga habis doh.
  • Susun di atas tray pembakar dan sapu kuning telur
  • Bakar pada suhu 175'c -180'c selama 25 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

1 ulasan: