style="text-align: center"

Sabtu, 17 Oktober 2015

MANGO FANTASY

 As-Salam buat semua..
Dessert dari buah Mangga yang manis,best untuk di cuba bagi peminat dessert.Makan sejuk-sejuk nyaman rasa tekak ni.Riwayat diet dah berakhir,tunggu tahun depan pula lah..best sangat!.nanti tak boleh nak makan sedap-sedap.Kalau time badan tak sihat tu bagi apa saja pun rasa tak ada selera kan.Jadi sementara ada dessert sedap ni pejam mata dan makan saja...resepinya dari Majalah Rasa tajaan susu Dairi Champ.thanks.

MANGO FANTASY


Bahan-bahan
400 gm mangga manis
500 ml susu krimer sejat/susu cair Dairi Champ
200 ml susu krimer manis Dairi Champ/ikut manis sendiri
1 paket biskut 
**susu krimer sejat saya tukar dengan krim putar

Cara membuatnya
  • Susun biskut ke dalam bekas(saya menggunakan biskut cream cracker).
  • Campurkan susu krimer manis bersama susu sejat dan pukul hingga berkrim(saya pukul krim putar hingga gebu dan campur dengan susu pekat).
  • Hiris nipis buah mangga(potong dadu).
  • Masukkan krim tadi ke atas susunan biskut dikuti dengan susunan buah mangga .
  • Ulang proses melapis 3-4 lapisan.Buat hingga habis.
  • Sejukkan semalaman di dalam peti ais sebelum di hidangkan.

4 ulasan:

  1. Tengok mangok fantasy ni teringat mango casablanca... lama tak buat! Terliur tengok tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti saya nak cuba buat mango casablanca Amie yang tersohor sedap tu.asyik tak cukup bahan jer..

      Padam